Sunday, September 27, 2009

Salam 'Idil Fitri...


Bulan RAMADAN 1430H/2009M telah pun pergi meninggalkan kita semua. Terasa hati ini bagai dihimpit kesyahduan yang teramat sangat. Kedatangannya sangat ditunggu-tunggu dan di sambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan, tetapi pemergiannya tiada siapa yang dapat menghalangnya.


Berbahagialah bagi mereka yang telah meraikan tetamu agung ini dengan sempurna dan malang sekali bagi mereka yang telah mengabaikan tanpa mengisinya dengan bertaqarrub kepada yang Maha Esa.


Kini kita telah pun berada di hari-hari awal bulan Syawal yang begitu selari dengan kemenangan umat Islam menentang hawa nafsunya sendiri lantas kembali kepada fitrah murni acuan Ilahi.


Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan sentiasa mengingatkan diri kita bahawasanya hidup di dunia ini hanya seketika. Yang kekal hanyalah di akhirat kelak.

Wallahua'lam..



Salam aidil Fitri dari warga Yayasan Restu & YR Publication Sdn Bhd.





No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda!