Monday, June 27, 2011

Bengkel Penjenamaan Produk Dalam Tulisan Jawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Bersempena dengan Festival Al-Quran & Kesenian Islam di Yayasan Restu, satu bengkel "Penjenamaan Produk Dalam Tulisan Jawi" yang dianjurkan oleh Akademi Jawi Yayasan Restu dengan kerjasama PENJAWIS akan diadakan pada:

Tarikh: 12-13 Julai 2011.
Hari: Selasa & Rabu.
Masa: 8.30pg - 5.00ptg.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi:
tel - 03-55119001/2/3.
blog - yrpublications@blogspot.com

Tempat terhad, rebut peluang ini untuk menambah ilmu disamping mengubah/baikpulih strategi penjenaman produk anda dipasaran.

Festival Al-Quran & Kesenian Islam 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yayasan Restu akan mengadakan Festival Al-Qur'an & Kesenian Islam 2011. Pelbagai acara dan aktiviti akan diadakan. Maklumat acara adalah seperti berikut:

TARIKH: 8 Julai 2011 - 17 Julai 2011
MASA: 9.00 pg - 6.00 ptg
TEMPAT: Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam.

Aktiviti:- Pameran pedang Rasulullah s.a.w., pertandingan khat, bengkel penyembelihan, kursus, seminar dan lain-lain lagi.

Jemputlah datang beramai-ramai ke festival ini...

Maklumat lebih lanjut sila hubungi:-
tel - 03-55119001
website - http://www.restu-art.com/

Sunday, May 8, 2011

Sehari Serangkap Doa


Judul : Sehari Serangkap Doa. (siri ihya' Ramadan).

Terbitan : Yayasan Restu (YR Publications Sdn Bhd).

Editor : Muhammad Fadli Ismail.

Cetakan pertama : 2009.

Sinopsis : Buku kecil ini adalah himpunan doa-doa yang boleh kita amalkan sepanjang bulan Ramadan. Doa-doa dalam risalah ini merupakan himpunan doa yang dinasabkan kepada Ibnu Abbas (r.a), Ahli baiyt dan salafussoleh di bulan Ramadan. Untuk keterangan lanjut tentang buku ini boleh hubungi tel: 03-55119001.

Thursday, May 5, 2011

RISALAH RAMADHAN AL-MUBARAK

Judul buku : Risalah Ramadan Al-Mubarak (meraih Lailatul Qadar).

Terbitan : Yayasan Restu (YR Publications Sdn Bhd).

Editor : Muhamad Fadli Ismail.

Sinopsis : Sememangnya kaum muslimin umat paling berbahagia apabila tibanya bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan, bulan Al-Quran, bulan kesabaran dan bulan pembebasan daripada api neraka. Inilah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sekalian.

Buku kecil ini dilengkapi amalan-amalan sunat dan panduan ibadah sepanjang bulan Ramadan. Semoga dengan adanya buku kecil ini saudara saudari akan lebih memahami dan dapat beramal dengan lebih sempurna. Untuk memiliki atau mengetahui buku ini dengan lebih lanjut boleh hubungi Yayasan Restu :-

email : yrpublications@gmail.com
Tel : 03-55119001 / 019-2155570-ust Fadli

Sunday, April 17, 2011

HAFIZAH NABAWIYYAH

JUDUL : HAFIZAH NABAWIYYAH
(amalan yang digalakkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai pendinding diri.)

TERBITAN : YR PUBLICATIONS (YAYASAN RESTU)

EDITOR : MUHAMMAD FADLI BIN ISMAIL

HARGA : RM8.00

SINOPSIS : Buku kecil ini diterbitkan bagi membimbing para pembaca kepada tata cara dan bentuk doa yang terdapat di dalam Al-Quran & As-Sunnah. Doa-doa tersebut telah diamalkan oleh para ulama' dan pejuang Islam sehingga ke hari ini. Sebagai umat Islam adalah perlu bagi kita kembali kepada amalan-amalan doa pendinding diri untuk keselamatan diri dan keluarga sepertimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Semoga dengan usaha ini para pembaca memperoleh manfaat daripada buku ini.

SURAH-SURAH LAZIM - Terjemahan Lafziyyah (kata-perkata)

JUDUL : SURAH-SURAH LAZIM TERJEMAHAN LAFZIYYAH (KATA-PERKATA)
DISUSUN OLEH : TEAM ULUM al-QURAN
EDITOR : USTAZ HJ MUHAMMAD FADLI BIN ISMAIL
HARGA : RM15.00
CETAKAN PERTAMA : 2010

Apabila kita ingin mempelajari Al-Qur'an bererti semestinya kita mengetahui maknanya. Ini bererti Al-Qur'an perlu diterjemahkan terlebih dahulu ke dalam bahasa Malaysia. Edisi terbitan ini mengandungi 24 surah-surah lazim, termasuk surah Yasiin. Ia juga dilengkapi dengan asbabun nuzul, kelebihan & kesimpulan surah dan hukum tajwid. Ianya sesuai untuk anak-anak anda.

Semoga dengan membaca naskhah ini kita dapat mengetahui isi kandungan surah, kemudian berusaha menghafal dan mengamalnya dalam kehidupan seharian.