Tuesday, December 22, 2009

Martabat takwim Hijrah

Oleh Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my


JIKA ditanya tarikh bulan Islam, ramai yang menjawab tergagap-gagap. Jika tahu pun, kemungkinan hari itu jatuh pada hari kebesaran Islam seperti Aidilfitri (1 Syawal), Aidiladha (10 Zulhijjah), Maulidur Rasul (12 Rabiulawal) dan Awal Muharam (1Muharam.

JIKA ditanya tarikh bulan Islam, ramai yang menjawab tergagap-gagap. Jika tahu pun, kemungkinan hari itu jatuh pada hari kebesaran Islam seperti Aidilfitri (1 Syawal), Aidiladha (10 Zulhijjah), Maulidur Rasul (12 Rabiulawal) dan Awal Muharam (1 Muharam). Kita terpaksa mengakui ramai lebih tahu kalendar masihi berbanding bulan Islam disebabkan terlalu mengagung-agungkan bulan terbabit berbanding bulan Islam.



Justeru, amat sesuai tarikh hari ini (1 Muharam 1431 hijrah) iaitu tahun baru dalam kalendar Islam kita meningkatkan kesedaran serta penghayatan terhadap taqwim hijrah. Setiap kali tahun baru, kita tidak pernah terlepas menyatakan azam. Memang tiada seorang pun mahu mahu terus berada dalam kepayahan. Sempena kehadiran bulan Muharam, fokusnya tertumpu kepada peristiwa agung penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w, bermula dari kota Makkah ke Madinah.


Rentetan sejarahnya nampak mudah tetapi jika diamati, ia menggambarkan pengorbanan, kesanggupan, kesusahan, ketaatan dan kekuatan iman yang dipamerkan umat Islam yang dipimpin Nabi Muhammad s.a.w. Penghijrahan itu memberi impak besar dalam perkembangan Islam. Mereka sanggup meninggalkan harta benda, rumah, isteri, anak-anak malah mempertaruhkan nyawa sendiri demi melakukan hijrah dan menegakkan agama Allah.


Dalam penghijrahan itu umat Islam terpaksa menanggung pelbagai peristiwa getir kerana gerak geri mereka sentiasa diperhatikan kaum kafir Quraisy. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: "...(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurniaan daripada Allah dan keredaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar." (Surah al-Hasyr ayat 8). Golongan kafir Quraisy menyedari jika tersebarnya agama Allah di muka bumi Makkah, ia akan merumitkan kebebasan mereka melakukan kezaliman seperti menipu, rasuah, zina, meminum arak, berjudi dan memperalatkan wanita. Justeru, Rasulullah s.a.w melancarkan seruan dakwah dengan dua keadaan iaitu secara rahsia (sir) dan terbuka.


Maka bermula penentangan hebat yang menyaksikan pelbagai bentuk penindasan serta perpecahan di antara penduduk Makkah. Kebangkitan Islam di Makkah semakin memuncak sehingga penentangan mereka terhadap golongan kafir Quraisy menjadi-jadi. Pembesar Quraisy tidak senang duduk melihat kebangkitan itu lalu menanam benih keraguan di hati masyarakat Makkah. Mereka turut mengaburi mata masyarakat dengan pelbagai ganjaran seperti wanita cantik, harta dan pangkat. Malah, perkara itu turut ditawarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai syarat menghentikan gerakan dakwah.


Apabila umat Islam memiliki kesungguhan untuk mengubah diri mereka, Allah pasti memberikan pertolongan terhadap hamba-Nya. Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad ayat 7). Penghijrahan Rasulullah s.a.w itu akhirnya membuahkan hasil apabila mengubah segala pengalaman lampau seperti permusuhan, kejahilan serta kemunduran kepada penyatuan persaudaraan, masyarakat berilmu dan berkeperibadian tinggi serta rancak dengan limpahan kemajuan. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan, orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang sudah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya." (Surah al-Hasyr ayat 9).


Namun, di sebalik kesukaran berhijrah, ia memberi pengajaran mendalam kepada umat Islam. Di Madinah, tugas pertama Nabi Muhammad s.a.w adalah menyatukan persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Baginda seterusnya mengasaskan masjid pertama sebagai tempat ibadat, penyebaran ilmu serta tempat penyatuan hati umat Islam. Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah yang bermaksud bandar yang bercahaya serta memeterai piagam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w menjalinkan hubungan antara kabilah serta penduduk tempatan selain merangka kaedah membasmi kemiskinan dan memperkukuhkan tahap keselamatan negara.


Keadaan inilah yang dimanfaatkan Rasulullah s.a.w. dan sahabat r.a. mengerah usaha menyeru manusia kepada Islam sehingga akhirnya Islam tersebar ke seluruh dunia. Saidina Umar r.a mengungkapkan kata yang bermaksud: "Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini." Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Badli Shah Alauddin, berkata tahun hijrah dipilih tahun permulaan Islam berdasarkan strategi serta perancangan hebat peristiwa itu. "Kenapa tidak dipilih hari kebesaran Islam lain sebagai tahun permulaan hijrah? Ini disebabkan peristiwa hijrah lambang kesungguhan dan pengorbanan umat Islam Makkah yang sanggup menggadai nyawa, meninggalkan segala harta benda untuk mencari keredaan Allah. "Kemudian peristiwa hijrah ini menarik bukan kerana ia sarat dengan sejarahnya tetapi dengan 'pelancaran' strategi yang bijak serta terancang," katanya. Katanya, umat Islam jangan menjadikan peristiwa hijrah ini satu catatan sejarah saja tanpa mengambil inti patinya.


Peristiwa hijrah ini membuktikan Nabi Muhammad sanggup bersama-sama berkorban mengharungi kepayahan. "Jika diikutkan statusnya sebagai kekasih Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w boleh membuat 'permintaan khas' bagi melakukan tugas sukar itu dengan mudah. Ini dibuktikan dalam peristiwa Israk bagaimana Nabi Muhammad naik ke langit dengan menunggang binatang digelar Buraq," katanya. Beliau berkata, peristiwa itu mempunyai simbolik terhadap kerjasama erat antara umat Islam dan bukan Islam. "Ini dikaitkan dengan pembabitan Abdullah bin Arqat yang menjadi penunjuk jalan dalam perjalanan bertolak ke Madinah. Jalan yang dilalui pula bukan jalan biasa kerana Abdullah memang mahir selok belok laluan berkenaan bagi mengelak dihidu kafir Quraisy yang sentiasa meneliti pergerakan Nabi Muhammad s.a.w," katanya. Biarpun beribu bertahun lamanya peristiwa itu, ia tetap dikenang umat Islam sebagai bukti kejayaan.


Jangan bangga dengan nama Islam tetapi tidak menjiwai watak sebenar seorang Muslim sejati. Jadikan roh kejayaan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun hijrah ini sebagai detik bermulanya 'perjuangan' yang tidak ada penghujungnya iaitu perubahan seluruh jiwa ke arah kebaikan.


Tuesday, December 15, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431 H

Assalamualaikum..,

Lembut lidah kerana kata,
Cantik budi kerana bahasa,
Lembaran baru bakal menjelma,
Salam Ma'al Hijrah buat semua..

Alhamdulliah, bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita masih lagi mampu menghirup udara segar daripada dedaun-dedaun yang menghijau di atas muka bumi yang sungguh indah ini...

Seharusnya kita sebagai hamba yang dhaif ini, bersyukur dan bertahmid memuji kebesaran Yang Maha Esa.

Bersempena Ma'al Hijrah yang bakal tiba, marilah kita bermuhasabah dan berfikir sejenak; "adakah sudah cukup amalan yang kita dah buat kat dunia ni"? tepuk dada, tanya iman masing-masing..

Akhirul kalam, marilah kita menanam azam baru, dan berusaha serta bertekad untuk mencapainya..moga-moga hidup kita sentiasa di bawah naungan ALLAH s.w.t

Pihak YR Publications mengucapkan Salam Ma'al Hijrah 1431 H buat kalian semua....

Tuesday, November 24, 2009

Salam I'dulAdha.

Assalamualaikum buat muslimin dan muslimat...


Meniti kehidupan sebagai hamba-Nya di dunia yang fana ini memerlukan satu pengorbanan yang amat besar. Pelbagai tanggungjawab perlu dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan duniawi.Tetapi yang paling utama ialah tanggungjawab kita kepada Ya Rabb, pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Sempena kehadiran I'dul Adha pada hari khamis ini marilah sama-sama kita berfikir sejenak merenung kembali sejauh mana pengorbanan yang kita telah lakukan sepanjang hidup di atas muka bumi yang serba indah ini.


I'dul Adha atau lebih sinonim dengan Hari Raya Korban merupakan satu hari yang amat bermakna bagi umat Islam. Kita akan mengimbau kembali kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Kisah ini banyak mengajar kita tentang erti pengorbanan dan kepatuhan seorang hamba terhadap pemiliknya.


Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ini ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t. :


Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".


Jika diperhatikan, konsep korban ini mendatangkan banyak kebaikan kepada kita semua. Di antaranya ialah; mendidik kita untuk sentiasa bersyukur atas nikmat-Nya, menggalakkan kita untuk berkongsi kesenangan dengan orang lain, bermuafakat dalam sesuatu kerja dan yang paling utama ialah tanggungjawab kita dalam melaksanakan segala perintah Allah dengan penuh ikhlas dan tawaddu'.


Akhirul kalam, salam i'dul adha buat muslimin dan muslimat semua. Semoga hari-hari yang mendatang akan kita lalui dengan penuh pengertian dan pengorbanan. Majulah Islam untuk semua.....

Wednesday, October 21, 2009

Tradisi Penyalinan Al-Quran di Acheh



Oleh: Ali Akbar
Alumnus Pascasarjana Jurusan Filologi UI Bekerja di Bayt Alquran & Museum Istiqlal, Jakarta

Penulisan mushaf Alquran telah dimulai sejak abad ke-7 M (abad pertama Hijri). Empat atau lima salinan pertama Alquran pada masa Khalifah Usman bin ‘Affan yang dikirim ke beberapa wilayah Islam, pada tahun 651 M, selanjutnya menjadi naskah baku bagi penyalinan Alquran — disebut Rasm Usman . Dari naskah itulah kemudian, pada abad-abad selanjutnya, semua salinan Alquran dibuat.

Di Nusantara, penyalinan Alquran diperkirakan dimulai dari Aceh, sejak sekitar abad ke-13 M, ketika Pasai, di pesisir ujung timur laut Sumatra, men jadi kerajaan pertama di Nusantara yang memeluk Islam secara resmi melalui pengislaman sang raja, yaitu Sultan Malik as-Saleh. Kemunculannya sebagai kerajaan Islam sejak awal atau pertengahan abad ke-13 M itu merupakan hasil dari proses islamisasi daerah-daerah pantai yang pernah disinggahi para pedagang Muslim sejak abad ke-7 M, dan seterusnya.

Meski Alquran dari abad ke-13 M itu hingga kini tidak berhasil ditemukan, namun Alquran tertua dari kawasan Nusantara dapat diketahui berasal dari akhir abad ke-16. Penyalinan Alquran secara tradisional berlangsung sampai akhir abad ke-19 M atau awal abad ke-20 M yang berlangsung di berbagai kota atau wilayah penting masyarakat Islam masa lalu, seperti Aceh, Riau, Padang, Palembang, Banten, Cirebon, Yogyakarta, Surakarta, Madura, Lombok, Pontianak, Banjarmasin, Samarinda, Makassar, Ternate, dan lain-lain. Warisan penting masa lampau tersebut kini tersimpan di berbagai perpustakaan, museum, kolektor, pesantren, masjid, serta ahli waris, dan paling banyak berasal dari abad ke-19.

Penyalinan Alquran dilakukan oleh berbagai lapisan masyarakat Islam, baik para penyalin profesional, santri, maupun para ulama. Pada awal abad ke-19 cendikiawan Abdullah bin Abdul Kadir al-Munsyi memperoleh uang dari menyalin Alquran. Para santri di berbagai pesantren juga menyalin Alquran, terutama untuk kepentingan pengajaran. Sementara, beberapa ulama terkenal juga dikatakan pe rnah menyalin Alquran.

Penyalinan Alquran juga dilakukan oleh para ulama atau pelajar yang tengah memperdalam ilmu agama di Makkah. Pada abad ke-16 M sampai 19 M, kota suci ini selain berfungsi sebagai tempat menunaikan haji, juga merupakan pusat studi Islam. Dewasa ini, naskah-naskah Alquran Nusantara banyak disimpan di lembaga-lembaga pemerintah di Malaysia, Indonesia, Belanda, serta beberapa tem pat lain. Namun, di antara kekayaan Alquran Nusantara itu, naskah-naskah di Indonesia diperkirakan tetap merupakan yang terbanyak, dimiliki baik oleh pribadi, museum, masjid, maupun pesantren.

Inventarisasi dan penelitian mengenai Alquran yang dilakukan di berbagai daerah oleh Badan Litbang dan Diklat Departemen Agama RI, sejak tahun 2003 hingga 2005, serta data lainnya, memperlihatkan bahwa naskah Al quran di Indonesia dapat dikatakan masih cukup banyak, yaitu sekitar 300 naskah. Keberadaan Alquran di berbagai wilayah dan lapisan masyarakat itu menunjukkan bahwa penyalinan Alquran pada masa lampau cukup merata di Nusantara.

Alquran Aceh di berbagai koleksi dunia

Alquran dari Aceh—yang mudah dikenali dari bentuk, motif dan warna hiasannya—kini telah menjadi koleksi berbagai lembaga di dalam dan luar negeri. Di Aceh sendiri, ada tiga lembaga penting yang mengoleksi sejumlah naskah Alquran, yaitu Museum Negeri, Jl Sultan Alauddin Syah, Banda Aceh, mengoleksi sekitar 70-an naskah Alquran, 32 di antara nya Al - quran 30 juz; Yayasan Pendidik an Ali Hasjmy, Jl Sudirman No 20 Banda Aceh, mengoleksi 20 Alquran; dan Dayah Tanoh Abee, Seulimum, Ujong Mesjid, Aceh Besar, mengoleksi 23 buah Alquran.

Selain tiga lembaga tersebut, di Aceh, sejumlah Alquran juga dimiliki oleh perorangan yang merupakan ahli waris keluarga. Di Jakarta, Perpus takaan Nasional RI mengoleksi tujuh Al-quran Aceh. Di luar negeri, Perpustakaan Nasional Malaysia, Kuala Lumpur, mengoleksi empat buah Al quran Aceh; dan Islamic Art Museum Malaysia, Kuala Lumpur, mengoleksi satu
buah.

Sementara di negeri Belanda, ka re na perjalanan sejarah, Universitas Lei den mengo leksi tujuh Alquran Aceh; Konin klijk Instituut voor de Tropen, Ams terdam, mengoleksi tujuh buah; Rijkmuseum voor Volkenkunde, Lei den, mengoleksi enam buah; dan Nijmeegs Volkenkundig Museum, Universi teitsbiblio theekvan Amsterdam, Uni versiteits bibliotheek, Ut recht, serta Wereld museum, Rotterdam, masing-masing mengoleksi satu Alquran dengan hi asan khas Aceh. Di luar data ini, baik di dalam ma pun di luar negeri, di perkirakan masih banyak terdapat Alquran dari Aceh yang tidak tercatat.

Gaya iluminasi khas Aceh Iluminasi (illumination) berasal dari akar kata illuminate, berarti to light up, to make bright, to decorate — yaitu hiasan naskah yang bersifat abstrak, tidak fungsional menjelaskan teks seperti ilustrasi, dan berfungsi semata ‘menerangi’, atau seb agai ‘penerang’ bagi teks yang disa jikan.

Di dalam Alquran, iluminasi biasanya menghiasi bagian awal, tengah, dan akhir Alquran. Hiasan di ketiga tempat ini merupakan bagian yang sangat penting dalam seni naskah Al-quran, dan terdapat di hampir seluruh Alquran Nusantara. Ragam hias yang digunakan terutama adalah ragam hias floral (tetumbuhan) dan geometris.

Namun, berbeda dengan Alquran dari negeri-negeri Islam di kawasan Timur Tengah, Afrika Utara, dan Persia yang banyak menggunakan ragam hias geometris, di samping floral, Alquran Nusantara kebanyak an menggunakan ragam hias floral, dan tidak terlalu banyak ragam geometris.

Alquran dari Aceh memiliki gaya khas, dan biasanya mudah diidentifikasi dengan jelas melalui pola dasar, motif hiasan, dan pewarnaannya. Iluminasi khas itu biasanya terdapat di bagian awal, tengah, dan akhir Al quran. Iluminasi dua halaman si metris di awal Alquran berisi Surah al-Fatihah dan awal Surah al-Baqa rah. Tradisi pemberian iluminasi di bagian ini terdapat di dalam Alquran dari berbagai daerah Nusantara, dan merupakan tradisi penting penyalinan Alquran di dunia Islam pada umumnya.

Iluminasi di bagian tengah Alquran, khususnya dalam tradisi penyalinan Alquran di Aceh, hampir bisa dipastikan berisi permulaan juz ke-16. Hal ini berbeda dari tradisi penyalinan Alquran di Nusantara lainnya, karena iluminasi tengah Alquran, selain ber isi permulaan juz ke-16 itu, kadang-kadang juga berisi permulaan Surah al-Isra’ atau permulaan Surah al-Kahf. Namun, sebagaimana tradisi iluminasi Alquran di dunia Islam, demikian juga dan Nusantara, tidak semua naskah Al quran Aceh beriluminasi di bagian te ngah. Ada sebagian Alquran yang hanya beriluminasi di awal dan akhir naskah.

Dalam tradisi Aceh, naskah-naskah Alqur an yang beriluminasi di awal juz ke-16 ba nyak yang mengesan kan seakan-akan Al quran itu dibagi menjadi dua bagian, juz 1-15 dan juz 16-30, meskipun kedua bagian itu selalu dalam satu jilid. Pembagian itu kadang-kadang tampak cukup tegas, karena di akhir juz 15 banyak yang ditandai dengan se macam garis khusus dalam bentuk segi tiga, bahkan ka dang-kadang dibubuhi ka ta tamm (selesai, tamat).

Adapun iluminasi di akhir Alquran, sama dengan tradisi lain di Nusantara dan dunia Islam, berisi Surah al-Falaq dan Surah an-Nas, kedua surah terakhir Alquran.

Beberapa gaya iluminasi terpenting seni mushaf Nusantara yang saat ini sudah teridentifikasi — berdasarkan kajian dan observasi— di antaranya adalah gaya Aceh, Bugis, Jawa, Lombok, Banten, Patani di Thailand Selatan, dan Terengganu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pola dasar iluminasi Alquran khas Aceh biasanya dicirikan dengan be berapa bentuk. Pertama, bentuk persegi dengan garis vertikal di sisi kanan dan kiri yang menonjol ke atas dan kebawah, biasanya dalam bentuk lancip atau lengkungan. Kedua, ben tuk semacam kubah atau mahkota di bagian atas, bawah, dan sisi luar. Ke tiga, hiasan semacam kuncup di ujung masingmasing kubah tersebut. Ke empat, hiasan sepasang ‘sayap’ kecil di sebelah kiri dan kanan halaman iluminasi.

Iluminasi khas tersebut tidak hanya terdapat dalam Alquran, namun juga dalam naskah-naskah
keagamaan selain Alquran, dan ada pula dalam naskah hikayat, namun dengan struktur pola yang berbeda. Pola dan motif sulur dalam iluminasi Aceh bervariasi, namun secara umum memperlihatkan standar pola tertentu, dan dalam pewarnaan dapat dikatakan selalu seragam, sehingga mudah dikenali. Warna yang dipakai terutama ada lah merah, kuning, hitam, dan putih, namun tidak menggunakan tinta atau cat putih, tetapi warna kertasnya itu sendiri. Warna lain yang digunakan pula, meskipun jarang, adalah biru. Warna ini khususnya digunakan dalam pola iluminasi mushaf Aceh yang berbeda.

Kaligrafi Berhias Ala Aceh

Meskipun Aceh telah memiliki tradisi yang panjang dalam penyalinan naskah, dan huruf Arab telah dipakai selama berabad-abad, sejauh ini belum dapat diidentifikasi adanya suatu gaya tulisan khas Aceh yang bisa dianggap baku.

Sebenarnya ini merupakan gejala umum di Nusantara, karena di kawasan terjauh dari pusat Islam ini, tulisan Arab tampaknya tidak pernah benar-benar menjadi suatu ‘disiplin’ seni tulis-menulis — berbeda dengan kawasan dunia Islam pada umumnya.

Meskipun demikian, di Aceh terdapat suatu gaya tulisan khas yang sangat unik. Dalam naskah selain Alquran biasanya muncul pada kata kumulaiatau al-kalam, yang sering menjadi kata pertama dalam suatu teks. Kata pembuka itu memperoleh perhatian khusus dari penyalin, dan huruf kaf-nya sering dihias sedemikian rupa, dan diberi warna merah.

Dalam naskah Alquran, kaligrafi unik khas Aceh muncul pada tulisan juz, nisf, rubu’, dan sumun yang terletak di sisi luar halaman teks Alquran. Dalam sebagian naskah, tulisan yang merupakan ‘tanda pembacaan Alquran’ itu tampak tidak mengutamakan keterbacaan, namun lebih mengedepankan ekspresi artistik tertentu, sebagai bagian dari dekorasi mushaf.

Dilihat dari segi huruf, komposisi tulisan itu tidak mudah dibaca. Namun, tampaknya memang bukan keterbacaan itu yang ingin dicapai penulisnya, melainkan sekadar memberikan tanda bahwa di tempat tersebut terdapat tanda pembacaan, dan itu dilakukan dengan suatu komposisi artistik tertentu, sesuai dengan motif hiasan floral khas Aceh. Komposisi itu sangat mungkin digubah oleh iluminator naskah, bukan oleh penyalin teks Alqurannya.

Beberapa catatan mengenai kajian Seni Mushaf boleh dicapai di blog beliau:
http://mushafnusantara.blogspot.com

Thursday, October 15, 2009

PUASA SYAWWAL PELENGKAP PUASA SETAHUN

Abu Ayyub Al-Ansari r.a. meriwayatkan, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesiapa berpuasa penuh di bulan Ramadan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti dia berpuasa selama satu tahun .” (Riwayat Muslim).

Imam Ahmad dan Al-Nasa'i, meriwayatkan daripada Thauban, Nabi s.a.w bersabda maksudnya: "Puasa Ramadan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Sahih" mereka.)

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesiapa berpuasa Ramadan lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka dia bagaikan telah berpuasa selama setahun. " (Riwayat Al-Bazzar)

Antara manfaat puasa setelah Ramadan seperti berikut:

  1. Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala daripada puasa setahun penuh.
  2. Puasa Syawal dan Sya'ban bagaikan solat sunat rawatib. Ia berfungsi sebagai penyempurna daripada kekurangan. Ini kerana pada hari Kiamat kelak, segala amalan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan amalan sunat, sebagaimana keterangan yang datang daripada Nabi s.a.w. melalui pelbagai riwayat. Seandainya puasa fardu yang dilakukan oleh kaum muslimin memiliki kekurangan dan tidak sempurna, maka hal itu memerlukan sesuatu yang menampungnya dan menyempurnakannya.
  3. Membiasakan puasa setelah Ramadan menandakan diterimanya puasa Ramadan. Ini kerana apabila Allah s.w.t. menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan amalan yang baik setelahnya.
  4. Antara manfaat puasa enam hari bulan Syawal jua ialah amal-amal yang dikerjakan oleh seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama dia masih hidup.

Seorang yang berpuasa setelah Ramadannya bagaikan seorang yang cepat-cepat kembali ke perjuangan fi sabilillah setelah pulang ke kampung halamannya. Ini kerana tidak sedikit manusia yang gembira dengan berlalunya Ramadan disebabkan mereka tdak lagi merasa berat, letih dan menahan diri lantaran berpuasa Ramadan. Seorang yang merasai demikian, maka berat baginya untuk bersegera kembali melaksanakan puasa. Padahal orang yang bersegera kembali melaksanakan puasa setelah 'Idul Fitri merupakan bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa. Dia tidak merasa bosan dan berat apalagi benci.

Seorang Ulama salaf ditanya tentang kaum yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya pada bulan Ramadan tetapi jika Ramadan berlalu mereka tidak bersungguh-sungguh lagi. Beliau berkata, "Seburuk-buruk kaum adalah yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan saja, padahal orang salih adalah yang beribadah dengan sungguh-sunggguh di sepanjang tahun."

Seandainya seorang yang memiliki hutang puasa Ramadan lalu mula membayarnya di bulan Syawal, hal itu mempercepatkan proses pembebasan dirinya daripada tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa Syawal. Dengan demikian, dia telah melakukan puasa Ramadan dan menyusulinya dengan enam hari di bulan Syawal.

Ketahuilah, amal perbuatan seorang mukmin itu tidak ada batasnya sehinggalah maut menjemputnya. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud : "Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal) " (Al-Hijr: 99)

Perlu diingatkan juga bahawa solat dan puasa sunat serta sedekah yang dikemukakan oleh seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. pada bulan Ramadan adalah disyari'atkan sepanjang tahun. Ini kerana hal itu mengandungi pelbagai macam manfaat, di antaranya; ia sebagai pelengkap daripada kekurangan yang terdapat pada fardu, merupakan salah satu faktor yang mendatangkan mahabbah (kecintaan) Allah kepada hamba-Nya, sebab terkabulnya doa, demikian pula sebagai sebab dihapusnya dosa dan dilipatgandakannya pahala kebaikan dan ditinggikannya kedudukan.

Hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan, selawat dan salam di panjatkan selalu ke Junjungan Nabi tercinta, seluruh keluarga dan sahabatnya.


DIPETIK DARIPADA BUKU : RISALAH RAMADAN : MERAIH LAILATUL QADAR

Sunday, September 27, 2009

Salam 'Idil Fitri...


Bulan RAMADAN 1430H/2009M telah pun pergi meninggalkan kita semua. Terasa hati ini bagai dihimpit kesyahduan yang teramat sangat. Kedatangannya sangat ditunggu-tunggu dan di sambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan, tetapi pemergiannya tiada siapa yang dapat menghalangnya.


Berbahagialah bagi mereka yang telah meraikan tetamu agung ini dengan sempurna dan malang sekali bagi mereka yang telah mengabaikan tanpa mengisinya dengan bertaqarrub kepada yang Maha Esa.


Kini kita telah pun berada di hari-hari awal bulan Syawal yang begitu selari dengan kemenangan umat Islam menentang hawa nafsunya sendiri lantas kembali kepada fitrah murni acuan Ilahi.


Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan sentiasa mengingatkan diri kita bahawasanya hidup di dunia ini hanya seketika. Yang kekal hanyalah di akhirat kelak.

Wallahua'lam..



Salam aidil Fitri dari warga Yayasan Restu & YR Publication Sdn Bhd.





Wednesday, September 9, 2009

BUKU KECIL (Kutayyib): " Sehari Serangkap Doa"

Tajuk : Sehari Serangkap Doa (Siri Ihya' Ramadan)

Editor
: Haji Muhammad Fadli Bin Ismail Al-Qad-hi

Sinopsis
: Buku kecil ini menghimpunkan doa yang dinasabkan kepada: Ibnu 'Abbas r.a., Ahli Bayt & Salafussoleh untuk diamalkan setiap hari di bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah bulan yang mustajab.

Harga: RM5.00 (4 warna)

TERBITAN TERKINI: " RISALAH RAMADAN: MERAIH LAILATUL QADAR"

Risalah Ramadan Al-Mubarak: Meraih Lailatul Qadar (Siri Ihya' Ramadan)

Editor
: Haji Muhammad Fadli Ismail al-Qad-hi

Sinopsis
: Buku ini memberi panduan kepada kita untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan dan bagaimana cara untuk meraih malam Lailatul Qadar.

Antara isi kandungannya: Keistimewaan Ramadan, Puasa Ramadan & Adab-adabnya, Qiyam Ramadan, Lailatul Qadar, Panduan selepas Ramadan serta Panduan Solat Tarawih & Witir.

Harga : RM10.00 (4 warna)

ARTIKEL TERPILIH : AMALAN UNTUK MERAIH LAILATUL QADAR

Diriwayatkan di dalam Sahihain daripada Aisyah r.a., katanya : "Apabila masuk sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kain sarungnya (menjauhkan diri daripada menggauli isterinya), menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. " Demikian menurut lafaz Imam Al-Bukhari.


Adapun di dalam lafaz Imam Muslim berbunyi : "Baginda menghidupkan malamnya, mengejutkan keluarganya, dan bersungguh-sungguh serta mengikatkan kainnya.”


Di dalam riwayat lain, Imam Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.a.: "Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh dalam sepuluh (hari) akhir (bulan Ramadan), keadaan yang tidak baginda lakukan pada bulan yang lain.”


Berikut adalah amalan yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. pada sepuluh hari terakhir tersebut:


i. Menghidupkan malam:


Ini membawa maksud bahawa baginda menghidupkan seluruh malamnya, dan kemungkinan juga baginda menghidupkan sebahagian besar daripadanya. Dalam Sahih Muslim daripada Aisyah r.a., katanya: "Aku tidak pernah mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w. solat malam hingga pagi. "


Diriwayatkan dalam hadis marfu' daripada Abu Ja'far Muhammad bin Ali : "Sesiapa mendapati Ramadan dalam keadaan sihat dan sebagai seorang Muslim, lalu berpuasa pada siang harinya dan melakukan solat pada sebahagian malamnya, juga menundukkan pandangannya, menjaga kemaluan, lisan dan tangannya, serta menjaga solatnya secara berjemaah dan bersegera berangkat untuk solat Jumaat; sesungguhnya dia telah puasa sebulan (penuh), beroleh pahala yang sempurna, mendapat Lailatul Qadar serta berbahagia dengan hadiah daripada Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi. " Abu Jaafar berkata: “Hadiah yang tidak serupa dengan hadiah-hadiah para penguasa.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya).


Rasulullah s.a.w. mengejutkan dan membangunkan ahli keluarganya untuk solat pada malam-malam sepuluh hari terakhir, sedangkan baginda tidak melakukannya pada malam-malam yang lain.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Zar r.a. disebutkan: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan solat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25), dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahawa baginda mengajak ahli keluarga dan isteri-isterinya (untuk bersolat) pada malam dua puluh tujuh (27) sahaja. "


Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa baginda sangat menekankan dalam mengejutkan ahli keluarganya pada malam-malam yang diharapkan berlaku Lailatul Qadar padanya.


Al-Tabrani meriwayatkan daripada Ali r.a. : "Bahawa Rasulullah s.a.w. mengejutkan ahli keluarganya pada sepuluh akhir daripada bulan Ramadan, termasuk setiap kanak-kanak dan orang tua yang mampu melakukan solat. "


ii. Mengakhirkan berbuka atau makan malam hingga waktu sahur


Diriwayatkan daripada Aisyah dan Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pada malam-malam sepuluh (akhir bulan Ramadan) menjadikan makan malamnya (berbuka puasa) pada waktu sahur.


Dalam hadis marfu' daripada Abu Sa'id r.a., katanya : "Janganlah kamu menyambung (puasa). Jika salah seorang daripada kamu ingin menyambung (puasanya), maka hendaklah dia menyambung hingga waktu sahur (sahaja)." Mereka bertanya: "Sesungguhnya engkau menyambungnya wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Sesungguhnya aku tidak seperti kamu. Sesungguhnya pada malam hari ada yang memberiku makan dan minum. "(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)


Ini menunjukkan kesungguhan Rasulullah s.a.w. untuk beribadah pada malam-malam yang terakhir Ramadan. Oleh kerana itu, hati baginda dipenuhi ma’rifah rabbaniyyah (pengetahuan dan kecintaan yang mendalam terhadap Allah s. w.t) sehingga mengenyangkannya dan baginda tidak lagi memerlukan makan dan minum.


iii. Mandi di antara Maghrib dan Isya'.


Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Aisyah r.a., katanya : "Rasulullah s.a.w. jika bulan Ramadan (seperti biasanya) akan tidur dan bangun. Tetapi tatkala memasuki sepuluh hari terakhir, baginda mengikatkan kainnya dan menjauhkan diri daripada (menggauli) isteri-isterinya, serta mandi di antara Maghrib dan Isya."


Ibnu Jarir berkata, “ Mereka menyukai mandi pada setiap malam dari malam-malam sepuluh hari terakhir. Di kalangan mereka ada yang mandi dan menggunakan wangi-wangian pada malam-malam yang paling diharapkan turunnya Lailatul Qadar.”


Oleh kerana itu, dianjurkan pada malam-malam yang diharapkan padanya berlaku Lailatul Qadar untuk membersihkan diri, menggunakan wangi-wangian dan berhias dengan mandi sebelumnya, serta berpakaian yang sebaik-baiknya, sebagaimana dianjurkan hal tersebut pada waktu solat Jum'at dan hari raya.


Namun begitu, tidaklah dianggap sempurna berhias secara lahir tanpa disertai dengan berhias secara batin. Iaitu dengan kembali (kepada Allah), bertaubat dan mensucikan diri daripada dosa-dosa. Sememangnya berhias secara lahir, tidak ada manfaatnya, jika batinnya rosak.


Allah tidak melihat kepada rupa dan jasad, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan. Oleh sebab itu, sesiapa yang menghadap kepada Allah, hendaklah dia berhias secara lahiriah dengan pakaian dan batiniah dengan taqwa. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud : "Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Pakaian taqwa itulah yang paling baik. " (Al-A'raf: ayat 26).


iv. I'tikaf.


Dalam Sahihain disebutkan, daripada Aisyah r.a. : “ Bahawa Nabi s.a.w. sentiasa beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir dari Ramadan, sehingga Allah mewafatkan baginda. "


Nabi s.a.w. melakukan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir bagi mencari Lailatul Qadar. I’tikaf itu adalah untuk menghentikan pelbagai kesibukan, mengosongkan fikiran dan untuk mengasingkan diri demi bermunajat kepada Allah s.w.t., berzikir dan berdo'a kepada-Nya.


Atas dasar tersebut, para ulama menyatakan bahawa makna dan hakikat i'tikaf adalah:

Memutuskan hubungan dengan segenap makhluk untuk menyambung penghambaan kepada AI-Khaliq. Beruzlah (mengasingkan diri) yang disyari'atkan kepada umat ini ialah dengan i'tikaf di dalam masjid-masjid, khususnya pada bulan Ramadan, dan lebih khusus lagi pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w.


Orang yang beri'tikaf telah mengikatkan dirinya untuk taat kepada Allah, berzikir dan berdo'a kepada-Nya, serta memutuskan dirinya daripada segala hal yang memalingkan diri dari-Nya. Dia beri'tikaf dengan hatinya kepada Tuhannya, dan dengan sesuatu yang mendekatkan dirinya kepada-Nya. Dia tidak memiliki keinginan lain kecuali Allah dan reda-Nya. (Lihat kitab Lata'if al-Ma'arif karangan Ibnu Rejab, hlm. 196-203).


PETUA MENCARI LAILATUL QADAR


Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai Lailatul Qadar, maka ada di kalangan ulama menyatakan bahawa malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dari bulan Ramadan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatul Qadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatul Qadar itu adalah malam 27 Ramadan.


Daripada keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatul Qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadan.


Imam Al-Ghazali Rahimahullah pula berpendapat, malam berlakunya Lailatul Qadar itu boleh dikenali dengan cara yang berikut:
- Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 Ramadan.
- Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadan.
- Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadan.
- Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadan.


Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.


Petikan daripada Buku : Risalah Ramadan : Meraih Lailatul Qadar

BELI SECARA ONLINE : AL-QUR'AN MUSHAF MALAYSIA & TERJEMAHAN - Terlaris di pasaran



Sejajar dengan hadis yang diriwayatkan Muslim: "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah. Dia suka kepada segala yang indah", Yayasan Restu menerbitkan terjemahan al-Quran yang sangat cantik dan teks al-Qur'an asalnya adalah salinan tangan mengikut kaedah penulisan khat Hashim al-Baghdadi dan disulami dengan gaya lenggok Melayu.

Manakala, terjemahannya pula bersumberkan beberapa kitab tafsir seperti Tafsir Al-Maraghiy, Tafsir al-Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Zaid al-Masir, Tafsir al-Rahman dan kitab terjemahan al-Quran terbitan Arab Saudi.

Kenapa anda perlu mendapatkannya?


1. Terjemahan ini menggunakan bahasa Melayu moden dan mudah difahami.

2. Ia dilengkapi dengan maklumat dan pengajaran yang berkaitan dengan Ulum al-Qur'an iaitu ilmu berkaitan al-Quran.

3. Menggabungkan keindahan Seni Melayu yang amat tinggi nilai estetikanya iaitu dengan menampilkan ragam hias (zukhruf)identiti Melayu yang berlainan setiap juzuk.

4. Al-Quran dan terjemahan ini dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Masjid al-Taqwa, Mak Mandin, Pulau Pinang.

5. Titik awal kepada penerokaan ilmu yang tersimpan di dalam al-Quran.

6. Teks al-Quran menggunakan kaedah Resam Uthmani yang disalin tangan penulis khat Melayu menggunakan Khat Nasakh yang penuh dengan ketelitian serta mudah dibaca.

7. Terdapat tiga bahagian berhias penuh iaitu Ummul al-Quran (surah al-Fatihah dan lima ayat terawal surah al-Baqarah), Nisful al-Quran (surah al-Kahfi, ayat satu hingga lapan) dan Khatmul al-Quran (surah al-Falaq dan al-Nas).

8.Menggunakan kepakaran tempatan untuk menterjemahkan kekuatan ayat al-Quran mengikut kesesuaian dunia pada hari ini.

9. Disahkan oleh KDN, Malaysia.

Harga terkini : RM65 (tidak termasuk kos penghantaran)

* Beli secara online:
Anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi atau menghantar sms ke telefon bimbit : 0192155570 (Hj. Muhd. Fadli). Sila buat pembayaran atau pindahan ke akuan di bawah. Untuk pengesahan, sila emailkan salinan resit ke : yrpublications@gmail.com atau fakskan ke no: 0355123788.

IMB Acount No : 12038010095135


Testimonial:

Berikut adalah beberapa pandangan berdasarkan capaian berikut:
http://julianaes.com/bunnybaby-wp/?tag=al-quran-mushaf-malaysia
http://www.sharingprofitclub.com/web/alquran_terjemahan_mushaf_malaysia
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=print&sid=4840
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/1469

B

Tuesday, September 8, 2009

YAYASAN RESTU AKAN MENERBITKAN MUSHAF TAJWID VERSI BARU

Pertemuan Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa dengan Dr. Subhi Taha, pemegang hak cipta kod warna Mushaf Tajwid di Syria pada 28 Julai 2009 lepas bagi mewujudkan hubungan dua hala dan kerjasama. Turut hadir, Pengurus Kanan YR Publications, Hj. Muhammad Fadli Ismail.

PRODUK YAYASAN RESTU & YR PUBLICATIONS