Wednesday, January 20, 2010

MENGAJI KITAB KUNING KULIT KE KULIT


Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian...

YR Publications akan mengadakan satu program berbentuk talaqqi yang dinamakan " Mengaji Kitab Kuning Kulit ke Kulit"

Program ini diadakan bertujuan memperkenalkan kembali kaedah pengajian bersanad yang telah menyumbang kepada perkembangan keilmuan Islam.

"Talaqqi" bermaksud mempelajari sesuatu ilmu itu terus dari mulut guru. Guru tersebut mestilah seorang yang pernah mempelajarinya dari guru sebelumnya yang berkesinambungan, lalu terbentuklah sanad.


Berikut adalah maklumat mengenai program tersebut:

Tempat : Riyadh Restu Kuang, Selangor
Tarikh : 19, 20, 21 Feb 2010 (Jumaat,Sabtu&Ahad)
Yuran Penyertaan : RM 300.00
( Yuran termasuk fail, kitab, sijil, pengangkutan,penginapan, makanan,dll )
* Terhad kepada 40 peserta terawal.

Dipimpin oleh:
Ust. Uda b Kassim

(Mudir Madrasah Al-Umairiyyah)

*Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:


Ustz Amir : 017- 6141051
Ustz Najaha : 013-3574698