Tuesday, November 24, 2009

Salam I'dulAdha.

Assalamualaikum buat muslimin dan muslimat...


Meniti kehidupan sebagai hamba-Nya di dunia yang fana ini memerlukan satu pengorbanan yang amat besar. Pelbagai tanggungjawab perlu dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan duniawi.Tetapi yang paling utama ialah tanggungjawab kita kepada Ya Rabb, pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Sempena kehadiran I'dul Adha pada hari khamis ini marilah sama-sama kita berfikir sejenak merenung kembali sejauh mana pengorbanan yang kita telah lakukan sepanjang hidup di atas muka bumi yang serba indah ini.


I'dul Adha atau lebih sinonim dengan Hari Raya Korban merupakan satu hari yang amat bermakna bagi umat Islam. Kita akan mengimbau kembali kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Kisah ini banyak mengajar kita tentang erti pengorbanan dan kepatuhan seorang hamba terhadap pemiliknya.


Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ini ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t. :


Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".


Jika diperhatikan, konsep korban ini mendatangkan banyak kebaikan kepada kita semua. Di antaranya ialah; mendidik kita untuk sentiasa bersyukur atas nikmat-Nya, menggalakkan kita untuk berkongsi kesenangan dengan orang lain, bermuafakat dalam sesuatu kerja dan yang paling utama ialah tanggungjawab kita dalam melaksanakan segala perintah Allah dengan penuh ikhlas dan tawaddu'.


Akhirul kalam, salam i'dul adha buat muslimin dan muslimat semua. Semoga hari-hari yang mendatang akan kita lalui dengan penuh pengertian dan pengorbanan. Majulah Islam untuk semua.....